Synn Store BLOG - Event 11.11 MLBB Takde Tahun Ni? Leak Double 11 Dibatalkan!

Back to blog
Event 11.11 MLBB Takde Tahun Ni? Leak Double 11 Dibatalkan!
Synn Store

Event 11.11 MLBB Takde Tahun Ni? Leak Double 11 Dibatalkan!

Leak dari RedMoon MLBB: takde skin baru 11.11 dan event Double 11 MLBB dikatakan takkan jalan November ni. Masih rumor, belum disahkan Moonton.

TAKDE EVENT 11.11 TAHUN NI?! 😱

Weh korang, ada leak yang buat ramai player terkejut pasal event 11.11 MLBB. Akaun leaker RedMoon MLBB (@RedMoonML) kat X kata developer terlepas semua deadline, takde skin baru untuk lineup 11.11, dan buat pertama kali event "Double 11" takkan diadakan bulan November ni.

Nota: Ini masih leak / rumor dan belum disahkan secara rasmi oleh Moonton. Info boleh berubah bila-bila masa.

Apa yang bocor?

Menurut RedMoon MLBB, ini kali pertama dalam sejarah game di mana takde skin baru untuk 11.11 dan event Double 11 tak jalan pada bulan November. Setakat ni Moonton belum buat sebarang kenyataan rasmi.

Korang yang dah simpan diamond untuk 11.11, macam mana? Tunggu je announcement rasmi dulu sebelum buat keputusan 👀

Siap sedia untuk event seterusnya

Event 11.11 ada ke tak, simpan diamond awal tak pernah rugi. Top up diamond MLBB murah, laju dan selamat kat synnmlbb.com. Follow blog Synn untuk leak MLBB terbaru!